Ahad, 26 Oktober 2008

[Bicara-Remaja] Alahan Makanan - boleh mengundang MAUT

*Alahan Makanan - boleh mengundang
MAUT<http://www.biovco.com/alahan-makanan.php?ref=yg>
*

MALAYSIA merupakan negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian makanannya.
Namun begitu, ada antara kita yang tidak dapat menikmati sepenuhnya keenakan
makanan yang ada. Mengapa? Salah satu sebabnya mungkin disebabkan mereka
mempunyai alahan terhadap makanan tertentu.

Kajian menunjukkan hampir 25% individu mengatakan mereka mengalami alahan
pada makanan. Namun begitu, hanya 2.5% sahaja orang dewasa dan lebih kurang
enam hingga lapan peratus kanak-kanak yang kebanyakannya berumur kurang enam
tahun sahaja yang benar-benar mengalaminya. Selebihnya, hanya mengalami
ketidakserasian makanan bermaksud tindak balas terhadap makanan yang tidak
dikehendaki tetapi tidak melibatkan sistem imun.

Alahan berlaku apabila sistem imun badan kita bertindak balas terhadap
pro­tein tertentu dalam sesuatu makanan. Bagi seseorang yang mengalami
alahan pada makanan, pengambilan yang sedikit sekalipun dapat menyebabkan
gejala seperti pembengkakan di bahagian mulut dan tekak, kesukaran bernafas,
nafas berbunyi (seperti pesakit asma) atau penurunan tekanan darah secara
mendadak yang dikenal sebagai kejutan anafilaksis. Malahan, kesan daripada
tindak balas ini kadangkala boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan
segera.

*Baca artikel penuh - KLIK
DISINI<http://www.biovco.com/alahan-makanan.php?ref=yg>
*

[Non-text portions of this message have been removed]

__._,_.___
Egroups kendalian http://pusatsumber.kokpasir.com  .
Sumbangan bahan-bahan bacaan diperlukan.
Terima kasih.

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Discover healthy

living groups and

live a full life.

All-Bran

10 Day Challenge

Join the club and

feel the benefits.

Special K Group

on Yahoo! Groups

Learn how others

are losing pounds.

.

__,_._,___

Tiada ulasan: